
Disebalik nama
AUF MBZ Consortium
AUF MBZ Consortium merupakan sebuah entiti sah yang berdaftar dengan pihak berwajib. Nama ini diilhamkan daripada sahabat Baginda Rasulullah (SAW), Saidina Abdul Rahman Ibn Auf, melihat kepada keperibadian beliau yang sangat pemurah, memiliki kekayaan yang banyak dan berjaya. AUF MBZ Consortium, dikenali terlebih dahulu dengan nama Financial Genius Group ditubuhkan sejak 20 tahun yang lalu oleh pengasas saudara Mahadi Bin Badrul Zaman atau lebih dikenali dengan gelaran Abang Dee. Beliau percaya segala kebaikan yang kita lakukan akan dibalas berlipat kali ganda dengan kebaikan yang lain. Pada hari ini, AUF MBZ Consortium telah melahirkan ribuan Penasihat Kewangan yang bertauliah yang datang dari pelbagai latar belakang dan telah memenangi banyak anugerah dan pengiktirafan.
Visi
Menjadi hub solusi kewangan patuh syariah yang terunggul baik diperingkat lokal mahupun antarabangsa.
Misi
Membantu rakyat Malaysia terutamanya untuk meningkatkan taraf hidup serta memberikan solusi kewangan yang kreatif dan terbaik dipasaran.

Visi & Misi
Mahadi BZ
Presiden AUF MBZ Consortium PLT
Dikenali umum dengan janggut dan kereta yang ikonik, serta personaliti yang lain dari yang lain, lebih dikenali dengan gelaran Abang Dee, beliau merupakan pengasas syarikat AUF MBZ Consortium. Beliau telah berada dalam industri penasihat kewangan selama 20 tahun dan merupakan penerima Anugerah Pencapaian Keahlian Seumur Hdup MDRT dan juga satu satunya pemegang gelaran Double TOT di dalam Malaysia.


Mahathir BZ
Ketua Pegawai Eksekutif AUF MBZ Consortium PLT
Berpengalaman lebih 10 tahun dalam industri, nama yang tidak asing lagi ialah Mahathir BZ. Merupakan pengasas bersama AUF MBZ Consortium, dan juga abang kepada Abang Dee, pemenang anugerah MDRT selama 4 tahun berturut turut. Beliau juga telah berjaya mengembangkan empayar dengan mempunyai ramai pasukan disekitar beberapa buah negeri.
Prof. Madya Dato' Dr.
Mohd Izhar Ariff
Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia
Barisan Panel Shariah
bertauliah AUF MBZ



