

Koperasi AUF MBZ Berhad

Tentang Kami
Latar Belakang
Koperasi AUF MBZ Berhad (KoAUF) ini merupakan sebuah inisiatif terbaharu daripada syarikat AUF MBZ Consortium PLT, ianya telah ditubuhkan pada November, 2022. KoAUF ialah sebuah institusi bertauliah yang patuh syariah dan berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Penubuhan KoAUF adalah bertujuan untuk membantu memberikan pelbagai manfaat khas yang menarik kepada ahli berdaftar kami.
Falsafah
Memurnikan gerakan koperasi bagi meningkatkan manfaat kepada anggota dan masyarakat berasaskan nilai-nilai koperasi mengikut keredhaan Allah S.W.T.
Objektif
-
Meningkatkan jenis dan jumlah jualan barang dan perkhidmatan yang diperlukan oleh anggota dan masyarakat umum.
-
Meningkatkan pulangan kewangan dalam bentuk dividen, bonus, rebet dan diskaun dengan kadar yang memuaskan kepada anggota.
-
Meningkatkan projek-projek pembangunan hartanah dan perniagaan bagi merangsang aktiviti ekonomi kepada koperasi dan juga negara.
Sijil Pendaftaran dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Berikut merupakan sijil pendaftaran sah yang telah diperoleh daripada SKM.
Visi
-
Peneraju Kecemerlangan Koperasi Bagi Menjadikannya Penyumbang Berkesan Kepada Pembangunan Negara.
Misi
-
Merangsang pembangunan koperasi supaya kompetitif, berdaya tahan, berdaya saing, progresif dan berintegriti. Meningkatkan penglibatan koperasi dalam pelbagai sektor ekonomi
-
Membangunkan modal insan yang kompeten dan berbudaya keusahawanan

Ahli Lembaga Koperasi

Perkhidmatan Kami
Pelaburan Hartanah
Acara Kebajikan & Sosial
Bantuan Kemanusiaan

Manfaat Untuk Anda
Meningkatkan Tabungan
Apabila kita menjadi ahli koperasi, kita akan melanggan syer-syer koperasi. Syer-syer ini boleh dilanggan secara bulanan atau secara tidak berjadual, bergantung kepada polisi koperasi dan kemampuan kewangan anggota itu sendiri. Syer-syer yang dilanggan ini akan kekal milik anggota dan boleh dikeluarkan apabila diperlukan.
Pulangan Dividen Kompetitif
Khas untuk ahli koperasi dan para pelabur, manfaat kadar dividen yang kompetitif dan konsisten tertakluk kepada prestasi dan perkembangan operasi koperasi dari semasa ke semasa.
Dana Kebajikan
Salah satu prinsip koperasi adalah kebajikan. Sebahagian keuntungan akan disalurkan kepada program-program kebajikan anggota. Program ini termasuklah khairat kematian, bencana alam, bantuan persekolahan anak anggota dan insentif kecemerlangan akademik.
Ayuh sertai kami di
Koperasi AUF MBZ Berhad dan nikmati pelbagai manfaat menarik khas untuk
anda


